Hari ni semua orang turn on mood nak raya. Semua orang beli baju raya. Kira macam persiapan terakhir untuk beraya. Aku di sini tanpa mak ayah, adik beradik aku. Entah bila dapat berjumpa dengan mereka. Adakah malam ni? Adakah pagi esok? Kenapa aku asyik nak merajuk dengan kehidupan. Dengan perasaan merajuk ni la yang buatkan aku rasa tak seronok nak tempuh hari-hari mendatang.
Bila membuat renungan dan muhasabah diri, aku terfikir dan tersedar satu perkara. Iaitu aku kurang kebergantungan dengan Allah. Kurang taqwa kepada Allah. Taqwa ni diibaratkan sebagai satu simpulan, bila simpulan tali tu kuat dengan Allah, maka hidup barulah setiap saat Allah di hatiku. aku mula kerana aku dah lama tak dapat berada dalam pelukan Dia macam dulu. Aku lebih mengharapkan penghargaan manusia. Ke mana semangat yang dulu. Ke mana kebergantungan yang dulu. sekarang aku lebih berharap pada manusia. Sedangkan aku tahu manusia sering buat kan aku kecewa. dengan manusia bukan kita meminta perhatian, tetapi sebaliknya, memberi prhatian.
sekarang baru padan dengan muka aku sebab pentingkan manusia berbanding pencipta yang penuh dengan kasih sayang yang tak terhingga. tiba masanya aku tinggalkan semua, dan kembali pada jalan yang benar. jalan yang lurus jalan yang Allah dah tunjuk siap-siap dah.. aku malu dan aku tahu aku lah manusia paling tak sedar diri, paling hina.. bila dah susah baru nak cari pencipta.. aku malu.. aku hina di depannya..
tanpa kasih sayang Allah, semua takkan jadi. Kita lakukan perkara mungkar, tapi Allah beri kita macam-macam, kita sangka itu nikmat tetapi sebenarnya itu ujian dari Allah.. nak lihat kita terpesona atau tidak dengan nikmat Allah. itulah aku.. kasih sayang manusia yang Allah campakkan pada aku, ku sangkakan pemberian nikmat dari Allah.. sekarang, Allah bongkarkan segalanya.. sekejap je nikmat tu Allah beri, bila tak sedar, leka, terjerumus,, segala-galanya punah.. aku malu dengan Dia..
Nota Seorang Hamba
Saturday, August 3, 2013
Tiba Masanya
Kadang-kadang
kita dah serahkan semua jiwa dan kasih sayang kita pada seseorang yang telah
memberi sedikit perhatian, sedikit kasih sayang pada kita. Kepercayaan adalah perkara yang paling mahal
dalam hidup aku. Tanpa kepercayaan, aku
tak akan kompromi dengan sesiapa pun termasuk keluarga aku sendiri. Kenapa aku masih tak boleh terima apa yang
telah dituliskan? Kenapa aku masih
persoalkan.
Aku tetap tak
puas hati. Aku ego, dan aku tahu aku
ego. Aku sedih kerana terpaksa berkongsi
semua ni. Aku selalu mencari alasan dan
mencari salah dia. Aku mengharapkan
didikan dan guideline yang baik untuk aku ikut dari dia. Yang aku boleh belajar dari dia. Kenapa dia tak halang kejahilan jelas yang
aku lakukan. Kenapa dia biarkan?
Dah tiba masanya
aku pulangkan semuanya pada tempatnya. Pulangkan
dia kepada pemiliknya yang ramai. Aku patut
bersyukur pada apa yang aku ada pada hari ini.
Aku akan usaha bayar semua hutang aku pada dia, dan tak nak ada apa-apa
hubungan sahabat lagi dengan dia.
Aku dah tak
sanggup berpura-pura begini. Makin dipendam
makin perit makin memakan hati aku sendiri.
Aku perlu tegas dalam keputusan aku untuk kebaikan semua pihak. Tiba masanya aku guna prinsip aku, “setiap
saat, Allah bersamaku”.
Friday, March 1, 2013
28 Februrari 2013
Dengan nama
Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Sudah lama
tak berblogging ya. Syukur alhamdulillah ada masa sedikit nak update blog.
Hari ni,
subuh-subuh shafie aku dah bangun untuk bersiap. Bersiap untuk proceed
assignment OMT182 – Office Adminmistration II. Aku bersama ahli kumpulan aku,
Mas Dalisa, Izzati, Sarah dan Wani.
Mula-mula
kitorang pergi dekat Pejabat Daerah. Perhh ramey beno manusia dekat sana. Tau
sebab apa? Sebab nak ambil duit BR1M tu. So kami pergi ke tingkat atas berjumpa
dengan pembantu tadbir pejabat daerah tu. Agak dingin la sebab dia dia
perempuan. So, period lah kot.. Kami tak dapat apa-apa information pon dari
perempuan tu.
Next
destination, kami pergi ke KFC, nak cuba di sana pula. So sampai je KFC, kami
tunjukkan surat kebenaran untuk buat research tu dekat staff kat kaunter tu,
dia kata suruh dating esok. Kena buat appointment. Kitorang pun kata ok jugak
tu. So kami makan la dulu alang-alang dah sampai KFC tu, lapar kot tak sarapan
lagi masa tu.
Masa tengah
makan, Miss Sabreena kol Zati sebab nak cakap tentang research ni. Pastu
setelah beberapa saat, Zati matikan telefon. So Zati kata, kita buat dekat
Pustaka Awam Dungun. Tetiba-tiba Wani menangis.. Ahh sudah,, kau ni dah kenapa
Wani… Rupa-rupanya kawan baik dia meninggal dunia. Cadang kita orang nak g la
ziarah kematian tu .. Rupanya dekat Kelantan. Tak dapat la nak hantar. So,
lepas makan kitorang pergilah pustaka awam tu. Sangat lawa, first time aku
menjejakkan kaki dekat pustaka tu. Selalu lalu depan je sebab pergi pasar
hahaha.. Pasarkan memang betul-betul dekat depan pustaka tu.
Seronoknya,
tak ramai orang, kami interview staff nama dia Puan Azmi binti Ibrahim. Puan
Azmi ni, amatlah peramah orangnya. Senang komunikasi dengan dia, seorang yang
jujur dan merendah diri. Sekarang ni musim budak PMR, SPM dengan STPM buat
research, Puan Azmi ni dia dah siapkan dah apa yang budak-budak ni nak nanti.
So, dating-datang je boleh rujuk dekat Puan Azmi ni. Katanya, kesian.. Baikkan
dia.. Dia anggap anak-anak yang datang situ macam anak dia sendiri.. So, lepas
tu kitorang g Mydin jap Sarah nak cari barang. Kitorang tunggu je dalam kereta.
Wani temankan Sarah.
Then Lisa pun
hantarlah kitorang balik UITM, hujan masa tu. Masa otw balik UiTM tu, Wani
bersuara. Wani cakap, yang kawan dia meninggal tu, kawan dia tipu dia.. Kawan
dia ni memang ada penyakit. Dah tahap kritikal. Kesian Wani kena tipu. Kesian
lagi lagi dekat kitorang yang gelabah camna nak redakan dia nangis tadi
grrrrrr…..
So malam ni,
pergi Dewan Aspirasi je. Nak beli buku laa.. Pastu nak g pasar depan DA tu..
Nak beli makan malam. :D
Thursday, November 1, 2012
01-Nov-12
Hari ini aku ke Sri Iskandar untuk keluarkan duit nak hidupkan
lesen aku yang dah lama mati. Masa dekat mesin ATM BSN tu, ada seorang opah dan
seorang atuk line-up depan aku untuk keluarkan duit. Biasalah agak terkial-kial
sedikit nak tekan-tekan dan baca arahan. Jadi, aku menawarkan diri untuk
menolong mereka. Rupa-rupanya opah tu tersalah tekan number pin la. Aiyaa.. Aku
pun pelik. So kali kedua dia masukkan number pin tu, alhamdulillah ok.
Seronok dapat tolong walaupun tak seberapa.
Bila dah sampai bota, aku nak ambik moto yang aku park dekat
belakang Pej Pos. Pakcik Hurairi, staf SMKDary nampak aku dari jauh dan
cepat-cepat mendapatkan aku yang terkial-kial nak hidupkan enjin moto (apehal
skema tetibe ayat aku ni???). Wah lama tak jumpa pakcik ni. Sihat lagi dia. Dia
sedara belah ayah. Kami berborak agak lama. Dan menyedari aku hendak
terburu-buru, dia mematikan perbualan singkat kami dan beredar. Kalau aku boleh
nak tanya dia, kenapa dia suka sangat ambil berat tentang aku sejak aku sekolah
sampai habis sekolah. Hati dia mulia, nak tanya apa pendapat dia tentang aku.
Kami sekeluarga tak ada apa-apa yang istimewa pun..
Lepas sampai je dekat rumah, terus aku pergi ke pejabat pos dekat
rumah aku dan hidupkan lesen aku. Aku nak sambung lesen P, tapi RM 800. Mana
aku nak cari duit banyak tu??? Aku rasa, biarlah aku lupakan hajat aku tu dulu.
Tunggulah dah habis belajar, kalau kena repeat dari L balik pun tak apalah. Tak
suka bebankan parent dengan benda remeh cam ni. Hurmm..
Wednesday, October 31, 2012
Laungan dari jauh..
Aku bangun lewat pagi ni. Ye pagi 31 Okto 12. Aku hantar adik aku ke sekolah. Masa nak keluar umah tu, opah laung dari jauh. Setiap kali aku nak naik tali ayor depan rumah, aku mesti intai rumah opah dulu. So aku pergi meluru dapatkan opah dulu. Opah minta ayah datang dengan segera sebab opah rasa lain macam hari ni.
Pagi ni aku kena ikut mak ke Hospital Manjung. Appointment dengan doktor tentang masalah jantung adik aku. Kot, dari jam 10 pagi, jam 3 petang baru selesai. Sampai umah pukul 4. Aku tak larat, lepas solat asar dan qada' zohor, aku tidur kerana letih sangat-sangat. Mak terus terkejar kejar ke sekolahnya kerana dah lewat.
Masa dekat hospital tadi, ada seorang doktor, muka dia sejibik macam Prof Muhaya. Aku tak tahu yang dia tu doktor. Dia bawa anak dia, biasalah bawak baby jumpa doktor. Sembang-sembang, biasalah aku kalau bersembang dengan orang tua memang cukup minat. Mak pun sembang sama.
Lepas dia dah beredar, baru mak cakap dia pakar pemakanan yang datang ke PDK bagi taklimat pemakanan. Laa baru aku tahu dia doktor. Tak ingat mak aku cakap nama die dr ape hurmm..
Doktor ni orang yang baik-baikkan. Sebab tu kalau budak-budak yang cita-cita nak jadi doktor, aku paling minat hehehehe
Atok + Opah = Pergi Hospital
Aku jenguk atuk dan opah pagi tu. Tengok-tengok atuk tak sarapan lagi masa tu pukul 10.. Aku dapatkan opah. Aku nampak opah tak lalu nak bangun sebab demam. Aku pula kena pergi bawa mak dengan adik kecik untuk appointment doctor di Klinik Pergigian Bota Kiri. Hurm, Aku minta ayah tolong tengokkan.
Balik dari klinik, kami belikan lauk untuk atok n opah sebab opah tak larat nak masak. Petang tu ayah dengan ucu bawa atok n opah g Klinik Mokhtar Kg Gajah, sebab atok takut nak pergi hospital. Biasalah kencing manis Kebetulan kaki atuk luka, tu yang bawak atuk sekali.
Balik dari klinik, kami belikan lauk untuk atok n opah sebab opah tak larat nak masak. Petang tu ayah dengan ucu bawa atok n opah g Klinik Mokhtar Kg Gajah, sebab atok takut nak pergi hospital. Biasalah kencing manis Kebetulan kaki atuk luka, tu yang bawak atuk sekali.
Imarahkan Surau
Fuhh,, dah hampir setahun aku tinggalkan surau depan rumah aku ni. Sumpah aku rindukan solat jemaah di surau. Aku bersungguh-sungguh nak hidupkan semula surau ni. Mula-mula speaker hok besar kat luar tu tiga-tiga tak berfungsi. Aku guna speaker kat dalam tu ada dua.. Tapi atok complaint sebab perlahan bila azan.
Atuk suruh amek speaker satu lagi dalam stor rumah dia.. Aku pasang, alhamdulillah elok. Tatkala atuk menangis bile dengar azan setelah lama surau ni tak bersuara melaungkan kalimah memuji kebesaran Allah..
Aku harap dapat istiqamah untuk mengimarahkan surau ni..
Atuk suruh amek speaker satu lagi dalam stor rumah dia.. Aku pasang, alhamdulillah elok. Tatkala atuk menangis bile dengar azan setelah lama surau ni tak bersuara melaungkan kalimah memuji kebesaran Allah..
Aku harap dapat istiqamah untuk mengimarahkan surau ni..
Subscribe to:
Comments (Atom)