Kadang-kadang
kita dah serahkan semua jiwa dan kasih sayang kita pada seseorang yang telah
memberi sedikit perhatian, sedikit kasih sayang pada kita. Kepercayaan adalah perkara yang paling mahal
dalam hidup aku. Tanpa kepercayaan, aku
tak akan kompromi dengan sesiapa pun termasuk keluarga aku sendiri. Kenapa aku masih tak boleh terima apa yang
telah dituliskan? Kenapa aku masih
persoalkan.
Aku tetap tak
puas hati. Aku ego, dan aku tahu aku
ego. Aku sedih kerana terpaksa berkongsi
semua ni. Aku selalu mencari alasan dan
mencari salah dia. Aku mengharapkan
didikan dan guideline yang baik untuk aku ikut dari dia. Yang aku boleh belajar dari dia. Kenapa dia tak halang kejahilan jelas yang
aku lakukan. Kenapa dia biarkan?
Dah tiba masanya
aku pulangkan semuanya pada tempatnya. Pulangkan
dia kepada pemiliknya yang ramai. Aku patut
bersyukur pada apa yang aku ada pada hari ini.
Aku akan usaha bayar semua hutang aku pada dia, dan tak nak ada apa-apa
hubungan sahabat lagi dengan dia.
Aku dah tak
sanggup berpura-pura begini. Makin dipendam
makin perit makin memakan hati aku sendiri.
Aku perlu tegas dalam keputusan aku untuk kebaikan semua pihak. Tiba masanya aku guna prinsip aku, “setiap
saat, Allah bersamaku”.
No comments:
Post a Comment