Saturday, December 31, 2011

Oit Cemburu dgn Kawan


Assalamualaikum w.b.t salam kesyukuran buat semua, salam tahun baru, dan lain-lain salam lah ye. Ada yang kata tak boleh ucap tahun baru.
Itu aku belum sempat nak kaji lagi, buat masa ni jom pandang positif, gunakan tahun baru sebagai satu medium (bedal je aku ni kan) untuk penuh keazaman dalam meniti hari-hari ini.


Balik pada tajuk, kamu semua mesti pernah rasa cemburu bukan? Cemburu la orang yang kamu sayang rapat dengan orang lain, cemburu orang lain lebih dari kita, cemburu macam2 lagi la kan.
Aku terlintas dalam hati ni, cemburu ni adik beradik dengan dengki.
Aiyoo betul ke?

Tak apalah, aku nak cakap pasal cemburu aku dengan 'sepasang' kawan aku ni. [hey bukan pasangan kekasih lah!! pndai2 je]
Dia orang hangout sesama, aku pula kat sini sorang-sorang. Oi terasa.
Apa motif aku terasa, cemburu ... entah aku pun tak tahu.

Apa yang berlaku sekarang satu keputusan...ingat !!
Sekarang,,,
aku tak nak biar cemburu / dengki ni bertapak dalam diri aku.

Tahu sebab apa?
sebab cemburu ni lah vibration negatif yang dikeluarkan.
kita yang tentukan emosi kita lah.
Kalau kita ada masalah, yang terdorong kita untuk sedih,
cuba korang cakap cam ni, "Ohh aku ada masalah, aku tak nak rasa sedih..
aku nak rasa happy, kenapa aku rasa sedih pula dengan masalah ni?"

lepas tu, korang lemparkan senyuman.
agak-aga korang sedih tak lepas tu?

agak-agak lepas ni nak rasa cemburu tak?

nak rasa dengki tak?

tak kan??

kadang-kadang ramai kawan aku masa sekolah dulu,
duk datang dekat aku, cerita masalah diorang..

masalah family, masalah dengan kawan, masalah dengan guru mungkin,,

tapi kalau kawan datang cerita masalah,
apa tanggungjawab kita? [haa pandai....!!! A+ utk korang]

kena la tolong kan?

KITA YANG TENTUKAN, KITA YANG PILIH EMOSI KITA
[ingat ayat atas ni !!!]
untuk respon dengan keadaan yang berlaku...

memang betul, nanti korang akan cakap pada diri korang,,

"eh nampak macam gila je..tak realistik"

sapa fikir macam ni, orang ni lah duduk dalam keladak sungai kehidupan,

bayangkan sungai, bahagian bawah (keladak) sekali dia duduk..

Ini ilmu yang Allah beri pada aku.
Aku kongsi saja ok?

nota : aku banyak belajar tentang Personal Development. Amat sayang pada remaja yang sebaya. Jangan segan-segan dengan aku, come share with me. Aku tak janji aku dapat tolong, tapi aku usahakan. Ini salah satu kelebihan yang aku boleh kongsi ilmu yang Allah beri. Pendapat manusia ialah yang paling murah sekali. Jadi, tanyalah pada yang pakar.

Thursday, December 29, 2011

.: Hidayah Untuk Sahabat :.

Biarlah Allah ambil nyawaku kerana tak sanggup aku nak lihat kau begitu. Tak guna hidupku kalau tak dapat beri manfaat pada manusia lain.

Kau pandai, hidup senang, ada keluarga yang sayang kau. Ada kawan yang dekat dengan kau. Siapa aku ni? dah la tak kenal. Tiba-tiba disturb kau. Kau cerdik, tiap kali berkomunikasi dengan kau, aku dah tahu dah. Pepatah inggeris ada menyatakan, kita nak tahu masa depan orang tu, lihat cara dia bercakap dan berjalan. Aku tak nampak cara kau berjalan, tapi aku tahu dari percakapan, ayat-ayat kau.

Kau comel kan? Tak dinafikan. Ramai yang terpikat. Kau baik, sopan, santun. Pemurah dengan senyuman kau. Tak sombong, peramah, ambil berat juga kadang-kadang. Tapi ada sikit je aku nak bagitahu. Tolong baca. Khas untuk kau.

Kita selangkah-selangkah menghampiri alam kubur. Tapi bekalan kita sikit sangat. Macam kita nak pergi rumah makcik kita, datang-datang nak bermalam 2/3 hari saja, tapi tiba-tiba makcik kata, "kamu tak boleh balik, kamu kena tinggal sini sampai bila-bila", "eh saya tak bawa baju yang banyak !!!"

macam tu lah kita nanti bawa bekal yang sikit di dunia ni

Siapalah aku mengharap hidayah daripada Allah
Untuk sahabat yang aku sayang
Aku dah sampaikan amanah aku,
Memang aku tak baik mana..

Bukankah dalam Suratul Mulk dah merungkai,
Kata-kata penghuni neraka,
"Kalau lah aku mendengar, berfikir tentang kebenaran-Mu ya Allah, tentu kami tak masuk neraka"

Bukankah aku telah jelaskan pada mu wahai sahabat.. Aku tak tau nak buat macam mana lagi.
Aku teringin nak bagitahu kamu, nak buang tabiat buruk, kita tak semestinya buat baik.

Termasuk diri aku.
Mana mampu aku nak buat perkara baik-baik. Sebab aku pun bukan baik sangat.

Bila kamu buat perkara tersebut, seolah-olah kamu melangkah ke arah pintu neraka.
Aku sayang kawan-kawan aku.
Takkan aku sanggup nak biarkan kau terus jalan tuju tempat yang kau tak suka sedangkan kau ada depan mata aku.

Kalaulah waktu ni ialah peluang untuk aku tarik tangan kau undur ke belakang, dengan arahan "BERHENTI", maka peluang ini aku tak kan lepaskan. Ia hanya datang sekali.

Gunakanlah anggota badan untuk melakukan perkara yang baik-baik.
Aku ada dengar khutbah Jumaat dulu, ayatnya lebih kurang macam ni, menutup pintu kejahatan, lebih mulia daripada membuka pintu kebaikan.

Fahamilah wahai sahabat yang aku kasihi. Setiap malam ku doakan kau. Tak perlu jadi baik, alim. Jadilah diri sendiri iaitu insan, yang hidup berpaksikan Allah.

Siapalah aku?? Aku bukan ustaz. Tak ada lulusan ijazah pun. Tapi aku hanya seorang sahabat yang berada di belakangmu. Sedia pimpin tanganmu dalam mencari reda Allah.

Kau pandai, sekolah bagus.. Gunakanlah kepandaian untuk mencari reda Ilahi. Aku tak tahu macam mana nak cakap lagi..

Kau tak pernah balas mesej-mesej aku. Tak pernah hubungi aku. Selalu aku tanya tuhan, kenapa kawan aku tak hubungi aku. Lintasan hati aku kata, kau tak balas sebab kau sibuk untuk berfikir bukan? Tak apalah.. Kau tak perlukan aku sebenarnya.

Tapi kau perlukan tuhan, betulkanlah solatmu.

Malas Salah Satu Penghalang Redha Allah

Entri hari ni saya nak kongsi sikit macam mana nak atasi masalah kemalasan. Maaf sebab sekarang baru share. Sepatutnya sebelum exam hari tu ya. Tips ini dikongsi oleh abang Hafiz Zain sewaktu saya tanya dia macam mana nak atasinya. Beliau kongsi beberapa perkara yang perlu dilakukan.

1. Solat awal waktu. Ini kerana, kalau kita selalu lewatkan, tempias malas tu akan kena pada kita.
2. Tanya pada diri kita – apa faedah daripada sikap malas ‘aku’ ni. Kalau taka da faedah perlulah kita usaha.
3. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas. Tengok dan fikir. Tujuannya, nak sedarkan minda kita bahawa malas ni taka da faedah langsung.
4. Bayangkan kesan positif kalau kita rajin. Hidup senang, kehidupan pun cerah bukan?
5. Senaraikan kenapa kita nak buang sikap malas. Tampal dalam bilik, tgok, kemudian tekadkan azam . Nak berubah perlukan sebab. Senaraikan sebab tu.

Nak berubah kena usaha lebih sikit. Kita nak kaitkan dengan tema kita sekarang ni iaitu mencari reda Allah. Beriman untuk cari reda Allah bukan? Nak capai tahap beriman ni masya-Allah kena RAJIN. Kadang-kadang saya pun terasa malas nak buat benda yang baik-baik. Sepatutnya kita kena tahu bahawa orang yang beriman tak pernah berehat. Berehat dari apa ya? Berehat dari melakukan ibadah. Menuntut ilmu bukankah satu ibadah. Saya nak bagitahu dekat semua orang saya bagitahu ni bukan lah yang saya amalkan. Saya kongsi sahaja. Tajuk yang ni memang saya BELUM amalkan lagi. Sebab saya gunakan kaedah yang lain. Iaitu ‘gold card’. Alhamdulillah gold card yang saya buat beri banyak manfaat pada saya. Walaupun dah terlewat nak ubah diri tapi saya yakin kalau saya teruskan usaha, dengan kaedah gold card ini insya-Allah saya tergolong dalam golongan orang yang Berjaya sekira diizinkan Allah. Nantikan entri cara membuat gold card insya-Allah.

Keluarga Islamik

Hari tu saya berkunjung dan bermalam di rumah kawan saya untuk study group. Masya-Allah keluarga Islam yang hebat. Saya dengar dari motivasi, kita masuk rumah seseorang, duduk dalam rumah tersebut selama 20 minit dah tahu masa depan keluarga tersebut. Rumah yang saya masuk, mempunyai banyak kitab-kitab dan bahan bacaan ilmiah subhanallah. Walaupun tak tersusun rapi, saya yakin kitab-kitab tersebut sentiasa diselak-selak ketika penghuni rumah kelapangan masa. Sebab tu la kita ni sebenarnya dipengaruhi oleh orang yang kita jumpa, dan buku yang kita baca. Justeru, nak tahu masa depan kita di akhirat kelak, lihat rakan kita. Saya pernah dengar dalam satu majlis ilmu, kita akan bersama di akhirat dengan orang yang kita bersama di dunia ini. Subhanallah. Tentukan dengan siapa kita berkawan sekarang. Buku apa yang kita baca. Rancangan tv mana yang kita tonton. Pastikan semuanya dapat membina minda kita. Kalau kita tak gunakan umur iaitu modal terbesar yang Allah beri alangkah ruginya kita. Semua perkara jom cuba sandarkan semata-mata mencari reda Allah dan husnul khatimah. Saya tertarik dengan kitab Riyadus Solihin yang terdapat di rumanya.

Untuk pengetahuan bersama, keluarga sahabat saya ini sentiasa menerapkan nilai-nilai Islam dalam keluarga mereka. Melayan saya sebagai tetamu subhanallah. Tidak kira siapa saja. Moga kita sama doakan agar keluarga ini mendapat lindungan oleh Allah dari segala kesulitan. Ibu bapa sahabat saya ini reda dengan pemergian anakanda tercinta mereka yang meninggal dunia ketika berumur 17 tahun. Ketika ibunya menceritakan tentang arwah, sedikit tidak rasa sedih. Terdetik dalam hati saya, mungkin ibunya ini seorang yang tabah, reda dan dekat dengan Allah. Ibu mithali insya-Allah. Semoga anaknya menjadi seorang ahli syurga yang menunggu ibu bapanya.

Konklusi yang dapat dibuat, samalah kita merenung diri kita ini adakah selama kita bernafas sehingga hari ini, kita sentiasa bergantung pada Allah ataupun manusia. Tentukan semula, set program minda kita, set halatuju akhirat kita mulai sekarang. Sentiasa buat perkara berdasarkan reda Allah. Saya nak kongsi dengan anda semua doa ini yang saya amalkan “Ilahi, Kau yang kutuju, reda-Mu yang ku cari. Kurniakanlah pada diriku, mengenal-Mu dan mengasihi-Mu”. Semoga entri kali ini memberi manfaat yang besar buat anda semua dan saya mudah-mudahan. Saya menulis tak pandai sangat. Bercakap tak pandai sangat. Tulis sikit-sikit kongsi siki-sikit saja. Tunggang terbalik ya.

Teruknya Saya

Tiba-tiba terkenang waktu dulu-dulu. Begitu teruknya saya. Seorang panas baran. Ikutkan kemarahan. Sehingga orang lain kata saya bengis. Bila dah tak dapat tahan kemarahan tadi, Allahhh..Allahhh…kesian orang sekeliling pula yang jadi mangsa. Dah menjadi seorang yang panas baran balik. Pisang berbuah dua kali pula. Dahsyat penangan syaitan yang menghasut. Saya lupa saya hanya hamba biasa. Bila ada perasaan marah, benci, sebenarnya dah tersalah matlamat, lupa akan matlamat. Mula rasa diri dah besar sangat. Sapa-sapa yang sama macam saya ingatlah. Baliklah kita merenung diri kita. Kenapa, macam mana boleh ada ‘kanser’ ni dalam diri. Mungkin saya masih belum mendapat kasih sayang Allah. Sama merenung.

Salam takziah untuk Arwah Kicu


Assalamualaikum readers, salam ukhwah juga.

Baru-baru ni, 27/11/2011, ayah kawan adik aku, meninggal dunia. Kira kawan lah walau aku tak rapat. Arwah ayah dia, kawan ngan ayah aku. Jadi, bila kehilangan beliau, kami turut rasa terharu juga.

Dengar ceritanya, ayah dia dekat pejabat pos bayar bil agaknya, tiba-tiba rebah. Sebab ayah dia penat. Jadi, sampai-sampai dekat hospital, Allah dah ambil nyawa dia. Inalillah wainna ilaihi roji'un.. Sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ya.

Tapi yang terkilankan aku, anak dia, Ayie ni post status dekat Fb, dia tulis macam ni,

"Ayie tinggalkan ayah untuk sehari saja, Ayah tinggalkan Ayie selama-lamanya"



Subhanallah sedih bila baca statusnya. Dia memang rapat dengan arwah, tapi dah tiba ajal beliau kan, sama-samalah sedekahkan Al-Fatihah. Aku harap, Ayie sabar la ye.

Friday, September 16, 2011

Minggu Exam

Assalamualaikum.. Harap antum semua dalam keadaan sihat. Nak cerita ni. Isnin hari tu saya tidur awal pukul 10 malam. Dan nekad nak bangun pukul 3 pagi nak study Pendidikan Islam. Tidur…tidur..tup tup bangun pukul 4 pagi. Buat solat hajat dan taubat, terus buka buku. Wah, sebelum ni saya tak pernah rasa apa yang kawan-kawan kata tentang kelebihan study belah pagi ni. Perh ! mang berbaloi la kan. Insya-Allah A kot untuk pendidikan Islam. Hehe bajet je.. Tapi itu sehari jelah saya bangun pukul 4 pagi huhu..tak tahulah..malas pulak diri ni. Still ada rasa malas dalam diri. Tak tahulah saya. Hari selasa, beberapa mnit sblum exam math, saya belajar sekejap dengan Nur Hazirah. Aduh.. Azie,, azie,, thnks ek sebab ajar atok haha. Terima kasih tak terhingga juga kepada Fatin Suraya ye. Fuyooo !! lembut pulak die ngajar orang hari ni. Hehe yang penting saya dapat input sikit. Malu nye sebab yang basic tu saya tak ingat. Mengundang kemarahan azie adoi. Tak pelah saya bersemangat nak study balik math ni .. azie kata azie nak ajar saya nanti hurm.. insyAllah. Kadang-kadang saya terasa yang saya ni pandai je bagitau kat orang sekeliling tapi tak pandai dan tak buat apa yang saya cakap. Sebab tu saya kata kita kena banyak buat perkongsian. Perkongsian macam mana nak pandai hidup. Bukan hanya pandai cakap macam saya ni huhu. Diri ni terasa munafik bila saya tak berjaya dalam pelajaran. Sebab kalau ikut dalam ayat suci al-Quran Allah kata bacalah. Bila kita membaca, kita akan dapat ilmu. Tapi apa yang saya belajar tentang ayat ni, saya tak praktik kan pun. Samalah pepatah arab ‘ilmu tanpa amal, ibarat pohon tidak berbuah’ Mari sama-sama cari dan perbetulkan kesilapan diri ini. Moga menjadi mukmin muttakin. Wallah ‘alam.

Monday, September 12, 2011

~ they created smile ~ thanks God

Jiwangnye tajuk.. Alhamdulillah assalamualaikum,, readers, actually aku lupa nak introduce kat u all bout ma frens. Allah Ya Rabbi, Allah Ya Rahim. Syukur sangat.Sebenarnya aku dah abonded deme ni selama hampir 2 tahun. Aku hanye fokuskan kawan2 luar kelas dan tak nampak kawan2 dlm kelas. Allah buka mata aku alhamdulillah. Mereka ni sebenarnya ade identiti mereka masing-masing yang special tentang depa. Memang tak dinafikan lawak depa kadang2 langgar tatatertib berbicara (opss terlebey suda).. bila aku dekati mereka, aku kenal pangai2 depa yang mencuit hati aku. ade yang suka nyakat, ade yang cool, ade yang hati kering, ade yang mulut x berenti bercakap. haha so, aku decide aku nak luangkn mase aku di saat2 akhir perskolahan ni dgn depa., raye baru ni (10-09-11) kami g braye ke rumah ckgu Rohaya Ibrahim, cikgu Sains kami di taman tersusun kalau x silap, dan straight to rumah Mama kami, Datin Teh Normafuzah bt Hadzir di Sri Iskandar.. Wah~ besar2 umah ckgu2 kami ni.. ni aku titipkan kenangan kami bersama :
~ My day full of Happiness ~ (baru nak belajar hidup huhu)
~Aksi Badio / xde keje ke?~
~Inilah Mama kami, Datin Teh Normafuzah, simple je kan?~
~Pozing2, hehe...best kan??~
~setting tempat hehe, kang x cantik gambo kang rugi je, kenangan..kenangan~ inilah kenangan yang tak dapat dilupakan..utarid crew + 1 from zuhrah crew hehe

Wednesday, August 3, 2011

Wahh!! Test !! .. Test !! .. Test !! ..

Wahh!! Test !! .. Test !! .. Test !! ..
Aduhai test selaras dua r minggu ni..actually smalam dah start dh ..
Semalam paper ape ek?? Aku lupe r hehe..
Semalam paper bm, bi, psk n sej ..
Aduhai bm ok la Alhamdulillah di mudahkan Allah..
Msuk soalan rumusan .. tapi xde soalan pemahaman hehe sronok2x..
Tang tatabahasa tu aku lemah sikit .. aku ta nampak mne kesalahan kat ayat soalan uh .. ish2x ..
Pastu soalan part last skali tentang yang peribahasa uh .. nasib baik la ade cikgu ***(tuutt..)
Nama dirahsiakan hehe t jdi kes antarabangsa plak .. tolong kami bincang jwpan haha
Urm .. sejarah ?? hihi nasib baik la cik puan Ecah bt Ucop nolong buat nota..
Dapat aku siki2 input.. ape yg die wat kan nota tu masuk beb !
Aku je ta panda ink olah ayat sikit2 sbb nota tu dlm bntuk point …
Jawab kena dalam bntuk esei ..
Untuk subjek PSK ok2 je hehe…
Untuk subjek Bahasa Inggeris, mantan fevret languange aku haha..
First soklan isi tempat kosong .. wekk !! cikgu x kasi jawapan laa..
Kene wat sniri haha aku lupe mksud pkataan ‘agitated’ tu haha
Then, soklan are you still playing the fluet..
Tang ni aku lemah sikit hehek .. aku xingat r ape kesah sbnrnya ..
Main bedal je r ..
Last part aku tak brape ingat isi2 yg ticer bagi smlmnye..
Aku buat ayat mcm bertindan sikit.. soklan tentang short story yang cite
Rory ngan Granda tu .. hehe best nye cite tu .. sadness ending !! suke2x ..
Sampai aku story blik kat member aku sempena hadiah hari jadi die haha
Aku boleh lupe birthday die same ngn aliah haha.. aliah ni member sekelas aku…jgn fikir
Bukan2 lak..

Then, today.. test for science, pjk and ekonomi punye subjek ..
Science ?? alaa aku lupe r asid yg digunakan utk menggumpalkan lateks (getah) ..
Aiyoo…
Ape2 insyaAllah boleh la kot science.. kire bernasib baik aku kali ni..
Baru aku paham nape cikgu ckp x penah cukup waktu untuk jwb test or exam huhu..
Ekonomi td perh susah kot… aku sempat hafal sikit je td .. tu pon soklan esei yg blakang je aku buat…
Terlupa yang esei lagi satu tu tak wat ag .. rugi 14 markah asenye adoiii…
Esok subjek ICT, Math, Pend Seni and Pend Islam .. wah banyak bnde nk kene bace nii ..
Bile la aku nk bce keempat-empat subjek ni an ..
Dgn terawih nye ag .. aku ta leyh nk tinggal terawih t rugi aku ta dpt pahale ..
Satu tahun skali je ooo … huhu alaa 8 rakaat je .. hehe hurm ..
Aku nk story tntg terawih ni tp x nk r..
Tangan aku dah letih menaip r wei .. t la aku story ek haha orait2 see you all next time
Next mood and next day ..
Salam …