Thursday, December 29, 2011

Keluarga Islamik

Hari tu saya berkunjung dan bermalam di rumah kawan saya untuk study group. Masya-Allah keluarga Islam yang hebat. Saya dengar dari motivasi, kita masuk rumah seseorang, duduk dalam rumah tersebut selama 20 minit dah tahu masa depan keluarga tersebut. Rumah yang saya masuk, mempunyai banyak kitab-kitab dan bahan bacaan ilmiah subhanallah. Walaupun tak tersusun rapi, saya yakin kitab-kitab tersebut sentiasa diselak-selak ketika penghuni rumah kelapangan masa. Sebab tu la kita ni sebenarnya dipengaruhi oleh orang yang kita jumpa, dan buku yang kita baca. Justeru, nak tahu masa depan kita di akhirat kelak, lihat rakan kita. Saya pernah dengar dalam satu majlis ilmu, kita akan bersama di akhirat dengan orang yang kita bersama di dunia ini. Subhanallah. Tentukan dengan siapa kita berkawan sekarang. Buku apa yang kita baca. Rancangan tv mana yang kita tonton. Pastikan semuanya dapat membina minda kita. Kalau kita tak gunakan umur iaitu modal terbesar yang Allah beri alangkah ruginya kita. Semua perkara jom cuba sandarkan semata-mata mencari reda Allah dan husnul khatimah. Saya tertarik dengan kitab Riyadus Solihin yang terdapat di rumanya.

Untuk pengetahuan bersama, keluarga sahabat saya ini sentiasa menerapkan nilai-nilai Islam dalam keluarga mereka. Melayan saya sebagai tetamu subhanallah. Tidak kira siapa saja. Moga kita sama doakan agar keluarga ini mendapat lindungan oleh Allah dari segala kesulitan. Ibu bapa sahabat saya ini reda dengan pemergian anakanda tercinta mereka yang meninggal dunia ketika berumur 17 tahun. Ketika ibunya menceritakan tentang arwah, sedikit tidak rasa sedih. Terdetik dalam hati saya, mungkin ibunya ini seorang yang tabah, reda dan dekat dengan Allah. Ibu mithali insya-Allah. Semoga anaknya menjadi seorang ahli syurga yang menunggu ibu bapanya.

Konklusi yang dapat dibuat, samalah kita merenung diri kita ini adakah selama kita bernafas sehingga hari ini, kita sentiasa bergantung pada Allah ataupun manusia. Tentukan semula, set program minda kita, set halatuju akhirat kita mulai sekarang. Sentiasa buat perkara berdasarkan reda Allah. Saya nak kongsi dengan anda semua doa ini yang saya amalkan “Ilahi, Kau yang kutuju, reda-Mu yang ku cari. Kurniakanlah pada diriku, mengenal-Mu dan mengasihi-Mu”. Semoga entri kali ini memberi manfaat yang besar buat anda semua dan saya mudah-mudahan. Saya menulis tak pandai sangat. Bercakap tak pandai sangat. Tulis sikit-sikit kongsi siki-sikit saja. Tunggang terbalik ya.

No comments:

Post a Comment