Hari ni semua orang turn on mood nak raya. Semua orang beli baju raya. Kira macam persiapan terakhir untuk beraya. Aku di sini tanpa mak ayah, adik beradik aku. Entah bila dapat berjumpa dengan mereka. Adakah malam ni? Adakah pagi esok? Kenapa aku asyik nak merajuk dengan kehidupan. Dengan perasaan merajuk ni la yang buatkan aku rasa tak seronok nak tempuh hari-hari mendatang.
Bila membuat renungan dan muhasabah diri, aku terfikir dan tersedar satu perkara. Iaitu aku kurang kebergantungan dengan Allah. Kurang taqwa kepada Allah. Taqwa ni diibaratkan sebagai satu simpulan, bila simpulan tali tu kuat dengan Allah, maka hidup barulah setiap saat Allah di hatiku. aku mula kerana aku dah lama tak dapat berada dalam pelukan Dia macam dulu. Aku lebih mengharapkan penghargaan manusia. Ke mana semangat yang dulu. Ke mana kebergantungan yang dulu. sekarang aku lebih berharap pada manusia. Sedangkan aku tahu manusia sering buat kan aku kecewa. dengan manusia bukan kita meminta perhatian, tetapi sebaliknya, memberi prhatian.
sekarang baru padan dengan muka aku sebab pentingkan manusia berbanding pencipta yang penuh dengan kasih sayang yang tak terhingga. tiba masanya aku tinggalkan semua, dan kembali pada jalan yang benar. jalan yang lurus jalan yang Allah dah tunjuk siap-siap dah.. aku malu dan aku tahu aku lah manusia paling tak sedar diri, paling hina.. bila dah susah baru nak cari pencipta.. aku malu.. aku hina di depannya..
tanpa kasih sayang Allah, semua takkan jadi. Kita lakukan perkara mungkar, tapi Allah beri kita macam-macam, kita sangka itu nikmat tetapi sebenarnya itu ujian dari Allah.. nak lihat kita terpesona atau tidak dengan nikmat Allah. itulah aku.. kasih sayang manusia yang Allah campakkan pada aku, ku sangkakan pemberian nikmat dari Allah.. sekarang, Allah bongkarkan segalanya.. sekejap je nikmat tu Allah beri, bila tak sedar, leka, terjerumus,, segala-galanya punah.. aku malu dengan Dia..
Saturday, August 3, 2013
Tiba Masanya
Kadang-kadang
kita dah serahkan semua jiwa dan kasih sayang kita pada seseorang yang telah
memberi sedikit perhatian, sedikit kasih sayang pada kita. Kepercayaan adalah perkara yang paling mahal
dalam hidup aku. Tanpa kepercayaan, aku
tak akan kompromi dengan sesiapa pun termasuk keluarga aku sendiri. Kenapa aku masih tak boleh terima apa yang
telah dituliskan? Kenapa aku masih
persoalkan.
Aku tetap tak
puas hati. Aku ego, dan aku tahu aku
ego. Aku sedih kerana terpaksa berkongsi
semua ni. Aku selalu mencari alasan dan
mencari salah dia. Aku mengharapkan
didikan dan guideline yang baik untuk aku ikut dari dia. Yang aku boleh belajar dari dia. Kenapa dia tak halang kejahilan jelas yang
aku lakukan. Kenapa dia biarkan?
Dah tiba masanya
aku pulangkan semuanya pada tempatnya. Pulangkan
dia kepada pemiliknya yang ramai. Aku patut
bersyukur pada apa yang aku ada pada hari ini.
Aku akan usaha bayar semua hutang aku pada dia, dan tak nak ada apa-apa
hubungan sahabat lagi dengan dia.
Aku dah tak
sanggup berpura-pura begini. Makin dipendam
makin perit makin memakan hati aku sendiri.
Aku perlu tegas dalam keputusan aku untuk kebaikan semua pihak. Tiba masanya aku guna prinsip aku, “setiap
saat, Allah bersamaku”.
Subscribe to:
Comments (Atom)