Thursday, November 1, 2012

01-Nov-12


Hari ini aku ke Sri Iskandar untuk keluarkan duit nak hidupkan lesen aku yang dah lama mati. Masa dekat mesin ATM BSN tu, ada seorang opah dan seorang atuk line-up depan aku untuk keluarkan duit. Biasalah agak terkial-kial sedikit nak tekan-tekan dan baca arahan. Jadi, aku menawarkan diri untuk menolong mereka. Rupa-rupanya opah tu tersalah tekan number pin la. Aiyaa.. Aku pun pelik. So kali kedua dia masukkan number pin tu, alhamdulillah ok.

Seronok dapat tolong walaupun tak seberapa.

Bila dah sampai bota, aku nak ambik moto yang aku park dekat belakang Pej Pos. Pakcik Hurairi, staf SMKDary nampak aku dari jauh dan cepat-cepat mendapatkan aku yang terkial-kial nak hidupkan enjin moto (apehal skema tetibe ayat aku ni???). Wah lama tak jumpa pakcik ni. Sihat lagi dia. Dia sedara belah ayah. Kami berborak agak lama. Dan menyedari aku hendak terburu-buru, dia mematikan perbualan singkat kami dan beredar. Kalau aku boleh nak tanya dia, kenapa dia suka sangat ambil berat tentang aku sejak aku sekolah sampai habis sekolah. Hati dia mulia, nak tanya apa pendapat dia tentang aku. Kami sekeluarga tak ada apa-apa yang istimewa pun..

Lepas sampai je dekat rumah, terus aku pergi ke pejabat pos dekat rumah aku dan hidupkan lesen aku. Aku nak sambung lesen P, tapi RM 800. Mana aku nak cari duit banyak tu??? Aku rasa, biarlah aku lupakan hajat aku tu dulu. Tunggulah dah habis belajar, kalau kena repeat dari L balik pun tak apalah. Tak suka bebankan parent dengan benda remeh cam ni. Hurmm..

Wednesday, October 31, 2012

Laungan dari jauh..


Aku bangun lewat pagi ni. Ye pagi 31 Okto 12. Aku hantar adik aku ke sekolah. Masa nak keluar umah tu, opah laung dari jauh. Setiap kali aku nak naik tali ayor depan rumah, aku mesti intai rumah opah dulu. So aku pergi meluru dapatkan opah dulu. Opah minta ayah datang dengan segera sebab opah rasa lain macam hari ni.

Pagi ni aku kena ikut mak ke Hospital Manjung. Appointment dengan doktor tentang masalah jantung adik aku. Kot, dari jam 10 pagi, jam 3 petang baru selesai. Sampai umah pukul 4. Aku tak larat, lepas solat asar dan qada' zohor, aku tidur kerana letih sangat-sangat. Mak terus terkejar kejar ke sekolahnya kerana dah lewat.

Masa dekat hospital tadi, ada seorang doktor, muka dia sejibik macam Prof Muhaya. Aku tak tahu yang dia tu doktor. Dia bawa anak dia, biasalah bawak baby jumpa doktor. Sembang-sembang, biasalah aku kalau bersembang dengan orang tua memang cukup minat. Mak pun sembang sama.

Lepas dia dah beredar, baru mak cakap dia pakar pemakanan yang datang ke PDK bagi taklimat pemakanan. Laa baru aku tahu dia doktor. Tak ingat mak aku cakap nama die dr ape hurmm..

Doktor ni orang yang baik-baikkan. Sebab tu kalau budak-budak yang cita-cita nak jadi doktor, aku paling minat hehehehe

Atok + Opah = Pergi Hospital

Aku jenguk atuk dan opah pagi tu. Tengok-tengok atuk tak sarapan lagi masa tu pukul 10.. Aku dapatkan opah. Aku nampak opah tak lalu nak bangun sebab demam. Aku pula kena pergi bawa mak dengan adik kecik untuk appointment doctor  di Klinik Pergigian Bota Kiri. Hurm, Aku minta ayah tolong tengokkan.

Balik dari klinik, kami belikan lauk untuk atok n opah sebab opah tak larat nak masak. Petang tu ayah dengan ucu bawa atok n opah g Klinik Mokhtar Kg Gajah, sebab atok takut nak pergi hospital. Biasalah kencing manis Kebetulan kaki atuk luka, tu yang bawak atuk sekali.

Imarahkan Surau

Fuhh,, dah hampir setahun aku tinggalkan surau depan rumah aku ni. Sumpah aku rindukan solat jemaah di surau. Aku bersungguh-sungguh nak hidupkan semula surau ni. Mula-mula speaker hok besar kat luar tu tiga-tiga tak berfungsi. Aku guna speaker kat dalam tu ada dua.. Tapi atok complaint sebab perlahan bila azan.

Atuk suruh amek speaker satu lagi dalam stor rumah dia.. Aku pasang, alhamdulillah elok. Tatkala atuk menangis bile dengar azan setelah lama surau ni tak bersuara melaungkan kalimah memuji kebesaran Allah..

Aku harap dapat istiqamah untuk mengimarahkan surau ni..

Sunday, October 28, 2012

Alam IPT...

Aku ditawarkan last minute, masuk ke UiTM Kampus Dungun, Terengganu. Pada persiapan yang ada 5 hari sebelum pendaftaran itu, aku dikejutkan dengan pak cik saudaraku di Klang yang sedang koma. Kami sekeluarga bergegas ke Klang, untuk menziarahi beliau. Tapi apabila dah sampai Kapar, kami digemparkan dengan berita kematian pakcik. Aku sungguh sebak waktu tu. Tak boleh nak gambarkan macam mana. Air mata mengalir dengan sendiri. Selepas selesai semuanya, kami bergegas balik ke Perak pada malam itu juga. Kerana persiapan aku untuk masuk u belum sempurna. Pagi Isnin tu aku mak dan ayah sibuk menguruskan keperluan aku. Dan pada petang itu juga, kami bertolak ke Terengganu dan memakan masa 12 jam perjalanan. Mak tak ikut. Hanya aku dan ayah serta kawan ayah yang menjadi pemandu arah menuju ke Terengganu. Mulalah kehidupan aku di kampus. Aku mengenali pelbagai ragam manusia. Cukup saje dengan semester 1, ada waktu duka, waktu suka, waktu jatuh, waktu kesedihan. Aku labelkan semester satu aku ni sebagai semester percubaan.. hmmm

Renungan hidup kuikuikui

Muhammad Hafiz Hamdi Bin Radzi, nama aku yang panjang, penuh dengan makna yang baik. Terima kasih kepada ayah dan emak. Kini aku dah mencecah umur 18 tahun. Aku masih mencari-cari siapa diri aku yang sebenar. Kenapa aku tiba-tiba sedih je nak taip post ni.. Aduh ~

PERMULAAN

Aku anak sulung. Lahir di Hosp Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Apa dilahirkan, aku merupakan kebanggan kepada kedua orang tua ku. Apa yang membanggakan ayah dan emak? Aku pun tak pasti. Mak dan ayah bekerja, ketika itu kami menetap di Shah Alam, setiap pagi mak dan ayah akan berulang alik menghantar aku ke rumah nenek ku di Teluk Pulai Klang. Tak lama lepas dapat anak yang kedua, mak berhenti kerja, dan ayah ambil keputusan untuk balik ke kampung di Lambor Kanan, Perak. Kami menetap di Taman Maju, Seri Iskandar selepas tu. Aku tak nak cerita kenapa mak dan ayah balik ke kampung ayah. Sungguh menyayat hati. Kami bukanlah hidup senang ketika itu.

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)

Aku mendapat pendidikan awal di PASTI Taman Maju. Dekat situ, aku kenal ramai kawan. Aku dan adik aku selalu mendapat perhatian cikgu masa tu. Nama cikgu tu Cikgu Rohana dan Cikgu Rogayah. Aku ada geng aku sendiri. Kawan setaman. Kami petang-petang akan main basikal. Pada ketika itu, aku dan adik aku didisiplinkan oleh mak. Apabila dah ada adik ketiga, setiap petang kami akan 'dilepaskan' oleh mak pada pukul 6.00 petang. Masa tu ayah dah kerja dengan Marigold. Setiap petang kami akan tunggu jarum panjang yang ada dekat jam tu, sampai dekat nombor dua belas. Aku dan adik aku, setia menunggu jam tu. Jam tu warna hitam, nombor dia warna hijau. Pernah kami dihasut oleh kawan kami, Ehsan untuk keluar secara senyap tanpa pengetahuan mak. Tapi kami tak berani. Sebab, walaupun geril di pintu tidak dimanggakan, tetapi telinga mak cukup peka !!! Apabila sampai je jarum pukul 12, kami akan menjerit dekat mak, biasanya waktu tu mak tengah mandikan adik nombor 3. "Mak !! Jarum panjang dah pukul 12 makk!!". Mak akan meluluskan permohonan kami, dan berpsesan agar pulang apabila sudah pukul 7 malam.

SEKOLAH RENDAH DI KAMPUNG

Perniagaan ayah pada ketika itu agak stabil sedikit. Tetapi ada masalah lain, kami terpaksa pindah ke Kampung Lambor Kanan. Aku disekolahkan oleh mak pada ketika itu di Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan. Ayah duduk di Manjung ketika itu. Dan akan pulang ke rumah pada hujung minggu saja. Aku berulang alik dari rumah ke sekolah sejauh 1.5 km. Dari darjah satu hingga darjah 5, aku terpaksa berjalan kaki ke sekolah. Sehingga aku darjah 5, aku dapat sebuah basikal bantuan sekolah. Lepas tamat darjah 6, aku melangkah masuk ke alam sekolah menengah.

SEKOLAH MENENGAH

Suatu kehidupan penuh onak liku. Di sekolah menengah, aku merangkak dalam dunia remaja. Aku belajar di sekolah aliran agama. Pada peperiksaan pertengahan tahun pada tahun tu, aku dapat pencapaian yang terbaik. Cikgu dah mark aku sebagai best student aliran agama. Tapi impian tu musnah bila aku melangkah ke tingkatan dua. Aku pernah berulang alik dari rumah yang mengambil masa selama 45 minit. Kerana aku ada konflik di asrama. Makin lama, makin aku tak tahan. Saat aku tinggalkan kawan-kawan aku di sana, mereka tak tahu yang aku nak pindah sekolah kerana terlalu jauh. Aku luahkan semua pada guru kelas aku pada ketika itu. Mulalah kehidupan aku di sekolah baru.

Di sekolah baru, amat sukar aku untuk mulakan kehidupan. Sebab aku tak kenal sesiapa pun di sana. Di sekolah lama, kakak saudara aku yang mengajar aku BM. Di sekolah baru, semuanya asing bagiku. Walaupun aku tak popular seperti aku berada di sekolah lama, tapi aku teruskan juga perjuangan aku. Dan sampai lah PMR, aku dapat keputusan yang agak mengecewakan ayah dan mak. Aku teruskan pengajian aku di tingkatan 4 di sekolah yang sama. Tapi aliran sastera. Aku mula mencipta nama. Aku mula mecari ketenangan aku. Aku mula belajar menjadi positif. Tapi aku tak mampu.. Memang perwatakan dan peribadi aku dapat menarik perhatian orang. Tapi mereka tidak tahu apa yang menjadi persoalan dalam diri aku. Aku ingin menjadi seperti orang lain. Tetapi aku tak boleh. Bayangan silam menghantui aku...

Friday, January 6, 2012

Hikmah Sabar Mungkin




Alhamdulillah berpeluang mencoretkan sesuatu ketika ini. Syukur dapat bernafas untuk beribadah dan beri manfaat pada manusia lain.

Sebelum ini, pernah berbincang dengan ayah dan emak tentang nak duduk di Klang bersama nenek, kerja di sana. Pada mulanya, ayah setuju. Dapat jaga nenek dan atuk di sana. Tetapi, masuk zon / tahun 2011, ayah kata, tak perlu ke sana. Duduk cari kerja di sini boleh tolong ayah dan jaga adik-adik. Masa tu memang sedih dan kecewa lah juga. Jadi saya pun macam mana, saya pergi telefon bapa saudara tanya macam mana. Lepas bincang-bincang, bapa sedara mengesyorkan saya ambil lesen terlebih dahulu. Saya setuju dengan keputusan beliau. Dan dengan perasaan sedikit kecewa, saya terpaksa ambil lesen dahulu dan kemudian baru memikirkan tentang kerja. Hari tu pergi tempat Giat Mara, semua dah penuh.

Alhamdulillah, berkat berdialog dengan tuhan mungkin, hikmah sabar, Allah beri keputusan kehidupan saya dengan baik. Pagi tadi, ibu saudara saya di Klang, telefon offer kerja di pejabat perniagaannya yang baru berdekatan dengan rumah beliau. Saya pun terus beritahu ayah, dan alhamdulillah tanpa membantah buat masa ini ayah setuju. Insya-Allah lepas habis ambil lesen L, mulai esok dan berakhir Isnin depan kalau tak ada masalah, terus planning untuk balik Klang.

Nilai yang kita boleh ambil, yang saya tahu, sabar ini tiada had. Kerana ramai yang kata "selagi saya masih sabar". Saya tak faham. Bukanlah makna sabar kalau ada had. Sabar adalah elemen penting yang perlu ada dalam diri. Sentiasa fikir positif. Cari makna kehidupan sentiasa. Dalam kehidupan tidak ada kegagalan, cuma ada keputusan kehidupan. Selalu saya tekankan.

Sunday, January 1, 2012

Kasih Sayang Tuhan

Alhamdulillah hari ni nak share pada semua. Bila Allah sayang pada kita, macam mana Allah nak tunjukkan pada kita? Allah hantarkan pada kita orang-orang yang sayang pada kita. Dalam rumah, jumpa mak ayah adik-adik, akak abang, mereka sayang kita, Alhamdulillah.. Keluar rumah jumpa kawan yang sayang kita alhamdulillah. Maknanya, Allah campakkan kasih sayang Allah melalui orang2 yang hampir dengan kita. Aku nak kongsi kawan-kawan yang Allah kurniakan pada aku. Comel-comel, bijak-bijak belaka.
Malas nak mention nama depa. Jap g entah-entah tengah makan ke, tersedak pulak kan. Aku kasi gambar je laa.. dear friends, sory tak minta izin eyh, tak apa nama dirahsiakan.



haa ni la wajah-wajah depa. Dio orang ni sporting seyh. Awww pink.... Yelaa ada antara depa ni pinky_boy opszzz...haha

Aku sentiasa doakan kami semua selalu disatukan hati-hati kami. Tak nak gaduh-gaduh, kawan baik-baik naa...
Tolong doakan kami juga.. Kalau aku sorang je doa, alamatnya tak sampai laa kot haha