Saturday, August 3, 2013

Tentang Hati

Hari ni semua orang turn on mood nak raya.  Semua orang beli baju raya.  Kira macam persiapan terakhir untuk beraya.  Aku di sini tanpa mak ayah, adik beradik aku.  Entah bila dapat berjumpa dengan mereka.  Adakah malam ni? Adakah pagi esok? Kenapa aku asyik nak merajuk dengan kehidupan.  Dengan perasaan merajuk ni la yang buatkan aku rasa tak seronok nak tempuh hari-hari mendatang.

Bila membuat renungan dan muhasabah diri, aku terfikir dan tersedar satu perkara.  Iaitu aku kurang kebergantungan dengan Allah.  Kurang taqwa kepada Allah.  Taqwa ni diibaratkan sebagai satu simpulan, bila simpulan tali tu kuat dengan Allah, maka hidup barulah setiap saat Allah di hatiku.  aku mula kerana aku dah lama tak dapat berada dalam pelukan Dia macam dulu.  Aku lebih mengharapkan penghargaan manusia. Ke mana semangat yang dulu. Ke mana kebergantungan yang dulu. sekarang aku lebih berharap pada manusia. Sedangkan aku tahu manusia sering buat kan aku kecewa. dengan manusia bukan kita meminta perhatian, tetapi sebaliknya, memberi prhatian.

sekarang baru padan dengan muka aku sebab pentingkan manusia berbanding pencipta yang penuh dengan kasih sayang yang tak terhingga. tiba masanya aku tinggalkan semua, dan kembali pada jalan yang benar. jalan yang lurus jalan yang Allah dah tunjuk siap-siap dah..  aku malu dan aku tahu aku lah manusia paling tak sedar diri, paling hina.. bila dah susah baru nak cari pencipta.. aku malu.. aku hina di depannya..

tanpa kasih sayang Allah, semua takkan jadi.  Kita lakukan perkara mungkar, tapi Allah beri kita macam-macam, kita sangka itu nikmat tetapi sebenarnya itu ujian dari Allah.. nak lihat kita terpesona atau tidak dengan nikmat Allah. itulah aku.. kasih sayang manusia yang Allah campakkan pada aku, ku sangkakan pemberian nikmat dari Allah.. sekarang, Allah bongkarkan segalanya.. sekejap je nikmat tu Allah beri, bila tak sedar, leka, terjerumus,, segala-galanya punah.. aku malu dengan Dia..

Tiba Masanya

Kadang-kadang kita dah serahkan semua jiwa dan kasih sayang kita pada seseorang yang telah memberi sedikit perhatian, sedikit kasih sayang pada kita.  Kepercayaan adalah perkara yang paling mahal dalam hidup aku.  Tanpa kepercayaan, aku tak akan kompromi dengan sesiapa pun termasuk keluarga aku sendiri.  Kenapa aku masih tak boleh terima apa yang telah dituliskan?  Kenapa aku masih persoalkan.
Aku tetap tak puas hati.  Aku ego, dan aku tahu aku ego.  Aku sedih kerana terpaksa berkongsi semua ni.  Aku selalu mencari alasan dan mencari salah dia.  Aku mengharapkan didikan dan guideline yang baik untuk aku ikut dari dia.  Yang aku boleh belajar dari dia.  Kenapa dia tak halang kejahilan jelas yang aku lakukan.  Kenapa dia biarkan?

Dah tiba masanya aku pulangkan semuanya pada tempatnya.  Pulangkan dia kepada pemiliknya yang ramai.  Aku patut bersyukur pada apa yang aku ada pada hari ini.  Aku akan usaha bayar semua hutang aku pada dia, dan tak nak ada apa-apa hubungan sahabat lagi dengan dia.


Aku dah tak sanggup berpura-pura begini.  Makin dipendam makin perit makin memakan hati aku sendiri.  Aku perlu tegas dalam keputusan aku untuk kebaikan semua pihak.  Tiba masanya aku guna prinsip aku, “setiap saat, Allah bersamaku”.

Friday, March 1, 2013

28 Februrari 2013


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Sudah lama tak berblogging ya. Syukur alhamdulillah ada masa sedikit nak update blog.
Hari ni, subuh-subuh shafie aku dah bangun untuk bersiap. Bersiap untuk proceed assignment OMT182 – Office Adminmistration II. Aku bersama ahli kumpulan aku, Mas Dalisa, Izzati, Sarah dan Wani.
 
Mula-mula kitorang pergi dekat Pejabat Daerah. Perhh ramey beno manusia dekat sana. Tau sebab apa? Sebab nak ambil duit BR1M tu. So kami pergi ke tingkat atas berjumpa dengan pembantu tadbir pejabat daerah tu. Agak dingin la sebab dia dia perempuan. So, period lah kot.. Kami tak dapat apa-apa information pon dari perempuan tu.
 
Next destination, kami pergi ke KFC, nak cuba di sana pula. So sampai je KFC, kami tunjukkan surat kebenaran untuk buat research tu dekat staff kat kaunter tu, dia kata suruh dating esok. Kena buat appointment. Kitorang pun kata ok jugak tu. So kami makan la dulu alang-alang dah sampai KFC tu, lapar kot tak sarapan lagi masa tu.
 
Masa tengah makan, Miss Sabreena kol Zati sebab nak cakap tentang research ni. Pastu setelah beberapa saat, Zati matikan telefon. So Zati kata, kita buat dekat Pustaka Awam Dungun. Tetiba-tiba Wani menangis.. Ahh sudah,, kau ni dah kenapa Wani… Rupa-rupanya kawan baik dia meninggal dunia. Cadang kita orang nak g la ziarah kematian tu .. Rupanya dekat Kelantan. Tak dapat la nak hantar. So, lepas makan kitorang pergilah pustaka awam tu. Sangat lawa, first time aku menjejakkan kaki dekat pustaka tu. Selalu lalu depan je sebab pergi pasar hahaha.. Pasarkan memang betul-betul dekat depan pustaka tu.
 
Seronoknya, tak ramai orang, kami interview staff nama dia Puan Azmi binti Ibrahim. Puan Azmi ni, amatlah peramah orangnya. Senang komunikasi dengan dia, seorang yang jujur dan merendah diri. Sekarang ni musim budak PMR, SPM dengan STPM buat research, Puan Azmi ni dia dah siapkan dah apa yang budak-budak ni nak nanti. So, dating-datang je boleh rujuk dekat Puan Azmi ni. Katanya, kesian.. Baikkan dia.. Dia anggap anak-anak yang datang situ macam anak dia sendiri.. So, lepas tu kitorang g Mydin jap Sarah nak cari barang. Kitorang tunggu je dalam kereta. Wani temankan Sarah.
 
Then Lisa pun hantarlah kitorang balik UITM, hujan masa tu. Masa otw balik UiTM tu, Wani bersuara. Wani cakap, yang kawan dia meninggal tu, kawan dia tipu dia.. Kawan dia ni memang ada penyakit. Dah tahap kritikal. Kesian Wani kena tipu. Kesian lagi lagi dekat kitorang yang gelabah camna nak redakan dia nangis tadi grrrrrr…..
So malam ni, pergi Dewan Aspirasi je. Nak beli buku laa.. Pastu nak g pasar depan DA tu.. Nak beli makan malam. :D