Sunday, October 28, 2012

Renungan hidup kuikuikui

Muhammad Hafiz Hamdi Bin Radzi, nama aku yang panjang, penuh dengan makna yang baik. Terima kasih kepada ayah dan emak. Kini aku dah mencecah umur 18 tahun. Aku masih mencari-cari siapa diri aku yang sebenar. Kenapa aku tiba-tiba sedih je nak taip post ni.. Aduh ~

PERMULAAN

Aku anak sulung. Lahir di Hosp Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Apa dilahirkan, aku merupakan kebanggan kepada kedua orang tua ku. Apa yang membanggakan ayah dan emak? Aku pun tak pasti. Mak dan ayah bekerja, ketika itu kami menetap di Shah Alam, setiap pagi mak dan ayah akan berulang alik menghantar aku ke rumah nenek ku di Teluk Pulai Klang. Tak lama lepas dapat anak yang kedua, mak berhenti kerja, dan ayah ambil keputusan untuk balik ke kampung di Lambor Kanan, Perak. Kami menetap di Taman Maju, Seri Iskandar selepas tu. Aku tak nak cerita kenapa mak dan ayah balik ke kampung ayah. Sungguh menyayat hati. Kami bukanlah hidup senang ketika itu.

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)

Aku mendapat pendidikan awal di PASTI Taman Maju. Dekat situ, aku kenal ramai kawan. Aku dan adik aku selalu mendapat perhatian cikgu masa tu. Nama cikgu tu Cikgu Rohana dan Cikgu Rogayah. Aku ada geng aku sendiri. Kawan setaman. Kami petang-petang akan main basikal. Pada ketika itu, aku dan adik aku didisiplinkan oleh mak. Apabila dah ada adik ketiga, setiap petang kami akan 'dilepaskan' oleh mak pada pukul 6.00 petang. Masa tu ayah dah kerja dengan Marigold. Setiap petang kami akan tunggu jarum panjang yang ada dekat jam tu, sampai dekat nombor dua belas. Aku dan adik aku, setia menunggu jam tu. Jam tu warna hitam, nombor dia warna hijau. Pernah kami dihasut oleh kawan kami, Ehsan untuk keluar secara senyap tanpa pengetahuan mak. Tapi kami tak berani. Sebab, walaupun geril di pintu tidak dimanggakan, tetapi telinga mak cukup peka !!! Apabila sampai je jarum pukul 12, kami akan menjerit dekat mak, biasanya waktu tu mak tengah mandikan adik nombor 3. "Mak !! Jarum panjang dah pukul 12 makk!!". Mak akan meluluskan permohonan kami, dan berpsesan agar pulang apabila sudah pukul 7 malam.

SEKOLAH RENDAH DI KAMPUNG

Perniagaan ayah pada ketika itu agak stabil sedikit. Tetapi ada masalah lain, kami terpaksa pindah ke Kampung Lambor Kanan. Aku disekolahkan oleh mak pada ketika itu di Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan. Ayah duduk di Manjung ketika itu. Dan akan pulang ke rumah pada hujung minggu saja. Aku berulang alik dari rumah ke sekolah sejauh 1.5 km. Dari darjah satu hingga darjah 5, aku terpaksa berjalan kaki ke sekolah. Sehingga aku darjah 5, aku dapat sebuah basikal bantuan sekolah. Lepas tamat darjah 6, aku melangkah masuk ke alam sekolah menengah.

SEKOLAH MENENGAH

Suatu kehidupan penuh onak liku. Di sekolah menengah, aku merangkak dalam dunia remaja. Aku belajar di sekolah aliran agama. Pada peperiksaan pertengahan tahun pada tahun tu, aku dapat pencapaian yang terbaik. Cikgu dah mark aku sebagai best student aliran agama. Tapi impian tu musnah bila aku melangkah ke tingkatan dua. Aku pernah berulang alik dari rumah yang mengambil masa selama 45 minit. Kerana aku ada konflik di asrama. Makin lama, makin aku tak tahan. Saat aku tinggalkan kawan-kawan aku di sana, mereka tak tahu yang aku nak pindah sekolah kerana terlalu jauh. Aku luahkan semua pada guru kelas aku pada ketika itu. Mulalah kehidupan aku di sekolah baru.

Di sekolah baru, amat sukar aku untuk mulakan kehidupan. Sebab aku tak kenal sesiapa pun di sana. Di sekolah lama, kakak saudara aku yang mengajar aku BM. Di sekolah baru, semuanya asing bagiku. Walaupun aku tak popular seperti aku berada di sekolah lama, tapi aku teruskan juga perjuangan aku. Dan sampai lah PMR, aku dapat keputusan yang agak mengecewakan ayah dan mak. Aku teruskan pengajian aku di tingkatan 4 di sekolah yang sama. Tapi aliran sastera. Aku mula mencipta nama. Aku mula mecari ketenangan aku. Aku mula belajar menjadi positif. Tapi aku tak mampu.. Memang perwatakan dan peribadi aku dapat menarik perhatian orang. Tapi mereka tidak tahu apa yang menjadi persoalan dalam diri aku. Aku ingin menjadi seperti orang lain. Tetapi aku tak boleh. Bayangan silam menghantui aku...

No comments:

Post a Comment