Thursday, December 29, 2011

.: Hidayah Untuk Sahabat :.

Biarlah Allah ambil nyawaku kerana tak sanggup aku nak lihat kau begitu. Tak guna hidupku kalau tak dapat beri manfaat pada manusia lain.

Kau pandai, hidup senang, ada keluarga yang sayang kau. Ada kawan yang dekat dengan kau. Siapa aku ni? dah la tak kenal. Tiba-tiba disturb kau. Kau cerdik, tiap kali berkomunikasi dengan kau, aku dah tahu dah. Pepatah inggeris ada menyatakan, kita nak tahu masa depan orang tu, lihat cara dia bercakap dan berjalan. Aku tak nampak cara kau berjalan, tapi aku tahu dari percakapan, ayat-ayat kau.

Kau comel kan? Tak dinafikan. Ramai yang terpikat. Kau baik, sopan, santun. Pemurah dengan senyuman kau. Tak sombong, peramah, ambil berat juga kadang-kadang. Tapi ada sikit je aku nak bagitahu. Tolong baca. Khas untuk kau.

Kita selangkah-selangkah menghampiri alam kubur. Tapi bekalan kita sikit sangat. Macam kita nak pergi rumah makcik kita, datang-datang nak bermalam 2/3 hari saja, tapi tiba-tiba makcik kata, "kamu tak boleh balik, kamu kena tinggal sini sampai bila-bila", "eh saya tak bawa baju yang banyak !!!"

macam tu lah kita nanti bawa bekal yang sikit di dunia ni

Siapalah aku mengharap hidayah daripada Allah
Untuk sahabat yang aku sayang
Aku dah sampaikan amanah aku,
Memang aku tak baik mana..

Bukankah dalam Suratul Mulk dah merungkai,
Kata-kata penghuni neraka,
"Kalau lah aku mendengar, berfikir tentang kebenaran-Mu ya Allah, tentu kami tak masuk neraka"

Bukankah aku telah jelaskan pada mu wahai sahabat.. Aku tak tau nak buat macam mana lagi.
Aku teringin nak bagitahu kamu, nak buang tabiat buruk, kita tak semestinya buat baik.

Termasuk diri aku.
Mana mampu aku nak buat perkara baik-baik. Sebab aku pun bukan baik sangat.

Bila kamu buat perkara tersebut, seolah-olah kamu melangkah ke arah pintu neraka.
Aku sayang kawan-kawan aku.
Takkan aku sanggup nak biarkan kau terus jalan tuju tempat yang kau tak suka sedangkan kau ada depan mata aku.

Kalaulah waktu ni ialah peluang untuk aku tarik tangan kau undur ke belakang, dengan arahan "BERHENTI", maka peluang ini aku tak kan lepaskan. Ia hanya datang sekali.

Gunakanlah anggota badan untuk melakukan perkara yang baik-baik.
Aku ada dengar khutbah Jumaat dulu, ayatnya lebih kurang macam ni, menutup pintu kejahatan, lebih mulia daripada membuka pintu kebaikan.

Fahamilah wahai sahabat yang aku kasihi. Setiap malam ku doakan kau. Tak perlu jadi baik, alim. Jadilah diri sendiri iaitu insan, yang hidup berpaksikan Allah.

Siapalah aku?? Aku bukan ustaz. Tak ada lulusan ijazah pun. Tapi aku hanya seorang sahabat yang berada di belakangmu. Sedia pimpin tanganmu dalam mencari reda Allah.

Kau pandai, sekolah bagus.. Gunakanlah kepandaian untuk mencari reda Ilahi. Aku tak tahu macam mana nak cakap lagi..

Kau tak pernah balas mesej-mesej aku. Tak pernah hubungi aku. Selalu aku tanya tuhan, kenapa kawan aku tak hubungi aku. Lintasan hati aku kata, kau tak balas sebab kau sibuk untuk berfikir bukan? Tak apalah.. Kau tak perlukan aku sebenarnya.

Tapi kau perlukan tuhan, betulkanlah solatmu.

No comments:

Post a Comment