Masing-masing tertanya-tanya kemana aku pergi? Mendiamkan diri. Sebenarnya aku tidak kemana-mana. Aku ada urusan-urusan yang perlu aku settlekan. Aku menyertai tuisyen di Pusat Pendidikan Ibnu Sina (PPIS) di bandar U selama lebih kurang 2 minggu. Wah, aku nak cerita yang aku puas hati dengan sesi pembelajaran yag mantap. Guru-guru di sana merupakan pemeriksa-pemeriksa kertas SPM. Setelah mengikuti tuisyen ni, aku dapat skill-skill yang aku tak tahu selama ni. Especially Bahasa Inggeris. Guru yang mengajar subjek ni bagi kelas aku ialah Puan Suraya. Beliau merupakan seorang yang suka gelak, cool..dia kata, dia tak pernah marah anak dia. TAPI, dia akan ceramah pada anak-anak dia. Dia dulu berkhidmat di MMU, yang bekerjasama dengan Technology Park Malaysia. Beliau ditugaskan untuk membuat CD pembelajaran bagi universiti-universiti tempatan untuk bidang yang berkaitan science kalau tak silap. Sekeping CD yang dijual kepada sesebuah universiti ialah bernilai RM 28000. Modul yang dikeluarkan pula untuk pembelajaran sekolah bernilai RM 70000. Wah, bukan calang-calang orang teacher ni hehe ..
Tapi tempoh dua minggu tuisyen pun dah tamat, sekarang aku tumpukan pada rumah pula adoi..
No comments:
Post a Comment